Disunting daripada kuliah asal Tuan Guru pada setiap hari Jumaat
Ia menjadikan buku Tafsir Tok Guru seperti ada ‘suara’ Tuan Guru sedang menyampaikan kuliah. Membaca buku tafsir ini seolah-olah kita sedang mendengar kuliah Tuan Guru secara ‘live’

TAFSIR TOK GURU
Buku Tafsir Pilihan Rakyat Malaysia Yang Mudah Difahami
Surah-surah yang sudah dibukukan
Tafsir Quran Tok Guru Nik Aziz sangat bernilai tinggi.
Ia melalui bukan sekadar proses menulis & semakan editor.
Proses bermula dengan mengumpulkan semua audio kaset kuliah Tok Guru semasa beliau masih hidup.
Maksudnya, kitab ini dihasilkan selepas Tok Guru meninggal dunia. Hanya rakaman audio dari kaset-kaset lama menjadi rujukan.
Mengumpulkan kaset yang masih elok, boleh didengar semula, inilah proses paling sukar. Ia tidak lagi dijual di kedai-kedai. Ia perlu dicari dari pemilik koleksi kaset-kaset ceramah Tok Guru.
Para penulis perlu mendengar semula setiap kaset dengan teliti & menulis semula setiap butir ayat yang disyarahkan oleh Tok Guru Nik Aziz.
Teks transkripsi dikekalkan dalam sebutan dialek Kelantan, bagi memudahkan penyusun untuk memahami maksud penyampaian Almarhum Tuan Guru.
Transkripsi tersebut akan diedit dan disusun supaya dapat dibaca dan difahami oleh semua orang di Malaysia khususnya.
Terdapat perkataan Kelantan yang dikekalkan bagi mengekalkan ucapan asal.
Kemudian diletakkan maksud bagi setiap perkataan. Proses edit juga mengekalkan gaya bahasa Tuan Guru yang disampaikan menggunakan dialek Kelantan.
Oleh itu, semua penulis syaratnya mestilah mahir dengan dialek Kelantan, bukan sekadar boleh berbahasa Kelantan. Supaya dapat ditulis semula dengan betul.
Ia menjadikan buku Tafsir Tok Guru seperti ada ‘suara’ Tuan Guru sedang menyampaikan kuliah. Membaca buku tafsir ini seolah-olah kita sedang mendengar kuliah Tuan Guru secara ‘live’
Tuan Guru menghuraikan ayat-ayat Al-Quran dengan mengaitkan dengan situasi masyarakat Malaysia sama ada sewaktu di zaman penjajah, zaman kemerdekaan dan zaman sekarang
Tuan Guru terkenal di kalangan rakyat Malaysia dengan penggunaan analogi dan kiasan yang mantap dan sentap. Setiap analogi beliau akan kena dan sesuai dengan perkara apa yang beliau kaitkan
Tuan Guru yang alim berilmu tinggi dalam ilmu Bahasa dan Sastera Arab dapat memberikan maksud yang jelas dan sesuai dengan kefahaman pendengar yang tidak mahir dalam ilmu agama
Tuan Guru sering menitikberatkan tajwid yang betul sewaktu membaca Al-Quran. Khususnya sebutan dan makhraj huruf. Dapat dilihat dalam Tafsir Surah Al-Fatihah dan Tafsir Surah al-Kafirun
Walaupun pendengar dan pembaca kurang mahir dalam tatabahasa Arab. Tuan Guru menyelitkan juga informasi berkaitan Nahu dan Soraf Bahasa Arab. Tujuannya untuk para pelajar sekolah agama supaya tertarik dengan ilmu bahasa Arab dan Tafsir Al-Quran
Tuan Guru sebagai orang yang memegang jawatan besar di peringkat negeri dan sebagai ilmuwan di kalangan masyarakat. Beliau mempraktikkan semua perkara yang beliau terangkan di dalam kuliah
* Untuk pembelian 9 & 11 buku sahaja
Kotak eksklusif untuk menyimpan koleksi buku Tafsir Tok Guru.
Untuk pembelian 9 buah kitab tafsir.
Penanda buku dengan potret khat Tok Guru
Non woven bag dengan potret khat Tok Guru
Seronok baca, terbayang muka tok guru, sampai ke hati
Huraian mudah difahami dan dikaitkan dengan isu semasa. Seronok membaca. Rasa macam sedang berkuliah dengan Tok Guru.
Macam dengar suara Arwah Tok Guru
Risau barang tak dapat lepas order? Jangan bimbang, kami sediakan perkhidmatan COD (Cash On Delivery) untuk mudahkan urusan anda.
Alim Rabbani
S-03-10 Emporis Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
03-7663 3112
011-1968 9509
admin@bukutafsirtgna.com